Kalendar Hijrah

Bilangan Pelawat

Baca online

27 April 2016

Saya akan mula meninggalkan kesibukan dunia untuk tempoh 40 hari bagi menyempurnakan amal khuruj fi sabilillah bermula dari tarikh 2 Mei 2016. Sepanjang tempoh tersebut, update bagi bab-bab seterusnya akan ditangguhkan...

Semoga kita dipanjangkan usia untuk bertemu lagi dalam bab-bab seterusnya selepas tamatnya khuruj tersebut.

9 Mac 2016

Pada tanggal 7 Mac 2016, satu peristiwa sedih telah berlaku. Ia meninggalkan kesan besar dalam coretan lukisan kehidupan saya. Walau apa pun, kehidupan harus diteruskan...

3 Mac 2016

Ribuan maaf kepada yang menunggu begitu lama pernerbitan bab 21.. Kebelakangan ini saya begitu sibuk dengan urusan kerja yang sepertinya tidak pernah berpenghujung.. Maka, pada hari ini, dalam kesibukan, saya luangkan masa untuk menerbitkan bab 21.

17 Februari 2016

Terima kasih diucapkan kepada yang bertanya tentang Beg Tangan Gucci. Beberapa hari kebelakangan ini saya agak sibuk dengan perjalanan-perjalanan ke utara dan ke selatan Semenanjung. Oleh itu, novel tersebut tergantung di bab ke-18.

Pada hari ini, saya akan cuba menerbitkan bab ke-19. Semoga penantian kalian berbaloi.

2 Februari 2016

The Adventures of Huckleberry Finn, karya klasik Mark Twain, adalah tajuk pertama yang telah memikat hati saya kepada tabiat membaca. Pada mulanya, ia hanyalah satu aktiviti passtime. Setelah beberapa lama, ia menjadi obsesi yang mendatangkan keseronokan.

Adventure yang dilalui bersama Harper Lee, Mario Puzo, James Patterson, John Grisham, Stephen King dan beberapa lagi penulis, amat menyeronokkan. Penulis-penulis tempatan juga tidak saya ketepikan. Hasil-hasil tulisan Zaid Akhtar, Bahruddin Bekri dan Ramlee Awang Murshid sering mempesonakan. Ternyata, pendapat dan idea yang diutarakan oleh penulis-penulis tersebut menjadikan saya lebih matang dalam melihat kehidupan.

Keunikan tulisan-tulisan penulis tersohor antarabangsa dan tanahair tersebut membuatkan keinginan untuk menghasilkan karya sendiri perlahan-perlahan terbina. Saya mula melatih diri menulis secara serius.

Sebagai mengikuti trend, blog ini saya wujudkan untuk berkongsi hasil penulisan saya kepada umum. Semoga saya memperolehi komen dan kritikan membina darinya.